<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8655669614760072483?origin\x3dhttp://eiqaibrahim.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Eiqa Ibrahim;
Entry
About Me
Find Me
Credits
+ follow Dashboard
AKAK !!!!
Friday, 22 June 201219:38

aku ni anak bongsu dari 7 beradik . [ sekali imbas di minda anda adalah aku anak manja kan? ] tak dinafikan ... berasal dari kampung kecil di pinggir bandar Johor Bahru ... aku rasa cuma setengah orang jer yg tahu ... dan untuk yg berminat nak mengetahui tentang kampung aku tu better matikan la niat anda serta-merta ... tajuk entry di atas tak ada kena mengena dengan kampung kecil aku tu ...

aku nie anak last, tapi dalam family semua orang panggil aku akak ... masa kecik-kecik aku fikir sebab aku ni anak perempuan ... so, harus panggil akak ... bila besar sikit aku pelik bila kawan-kawan aku ada yg dipanggil Along, Angah, Adik ... tapi kenapa aku Akak sedangkan aku tak ada Adik ? rupanya ada kisah di sebalik gelaran tu ... aku tak berminat nak cerita kisah itu di pagi ceria lagi sejuk yg mampu buat aku berdengkur ni ... kalau aku paksa cerita risau aku akan belasah Abang aku yg nombor 6 tu (SUZAIDI) sebab aku memang anti ngan dia sejak tahu kenapa aku dipanggl Akak ...

aku tak ada pengalaman yg terlampau best zaman kecik-kecik aku ... tak pernah jejak ke Disneyland, tak ada melancong kemana-mana tempat yg boleh buat orang besarkan mata dan buat muka separuh terkedu ... tp zaman kanak-kanak aku adalah paling best ... hidup kt kampung memang kemestian bagi budak-budak kecik menyandang gelaran Raja/Ratu Lopak, Ketua Panjat Pokok & paling  membuatkan aku tersenyum bila dapat menyahut sahutan kawan berlari dalam semak .

aku boleh dikira lasak jugak sebab pokok ceri tepi umah Ngah Maziah mampu aku panjat setingginya ... time tu pokok tinggi melangit dari ketinggian aku ... sekarang nie aku pulak boleh jeling-jeling jer pokok tu sebelah aku ... kecik jer aku tengok pokok tu ...

tangkap ikan dengan sepupu-sepupu yg puratanya adalah lelaki ... tangkap ikan guna jaring sapa aku pun tak ingat ... dapat banyak ikan & bakar reramai ... moment paling membahagiakan yg aku still ingat ... main sembunyi-bunyi kt celah pokok, semak, celah rumah orang pun ada ... nakalnya ya amat ...

tima hujan, aku memang ternanti sepupu aku panggil ... tu la saat kegemilangan aku dapat main lopak ... seronok wooo ... nak kata pengotor pun cakap la ... tp tu lah perkara di katakan wajib bagi anak kampung macam kami ni ... mandi hujan sampai tak fikir risiko dan kesannya ... memang tak fikir pun la sebab time tu memang tak fikir apa ...

bila sampai petang aktiviti sebegitu membuatkan aku tak muncul kat rumah sebelum pukul 6 petang, suara merdu mesti memecahkan gegendang telinga aku ... "Akak balikkk !!! , Akak dh petang ni !!! , Akak mandi !!! " dan pelbagai "Akak" lagi ... kalau tak Mak, mesti Ayah yg round cari aku ... time mandi hujan Ayah la orang pertama dengan suka hatinya menyumbangkan suara membebel sehari suntuk ... ya, dalam hati janji tak buat lagi .... lusa, benda yg sama jugak aku buat ... Ayah bukan sengaja marah, tapi aku mudah demam ... sebab tu dia risau betul ... kata Mak aku tak boleh terlampau kena panas, hujan ... mungkin anti-body aku tak kuat ...

bila dh kena marah, mula la buat kesimpulan "Ayah tak sayang aku! , Mak benci aku !" ... padahal itu salah sendiri ... tp tolong jangan kata aku tak faham bahasa, sebab fikiran aku mudah saat tu ... yg kena marah, tak disayangi lagi ... tukang marah memang dah benci pada yg kena marah ... bila terfikir balik, rasa nak garu kepala guna garfu ... membebel itu kan tandanya sayang ...

teringat kenangan bila dapat habuan Ayah ... semuanya gara-gara gaduh ngan Angah [SUHADA] ... kami adik-beradik tak pernah bergaduh yer, sebab sorang bergaduh semua dapat imbuhan besar dengan Ayah ... tp saat budak-budak aku bukan faham apa pun ... kerana kasut baru Angah, Ayah pulas telinga sampai bengkak ... aku bukan nak rosakkan kasut Angah, tp cum nak tengok & try aje walaupun kaki kami memang tak se-size ... Angah pulak tentulah dihantui perasaan gerun bila budak kecik serupa lelaki bila panjat pokok ni nak pegang kasut dia ... cepat-cepat dia isi dalam kotak & sorokkan ... aku apa lagi, terus cubit & and tarik lengan Angah sebab teringin nak tengok ... Entah apa hangin Ayah, secepat kilat telinga aku dipulasnya ... menangis tak berlagu pergi rumah Uda Mansor [PAKCIK] ,,, last-last Mak yg pujuk ... sampai sekarang sakit jugak hati dengan Angah bila teringat ...

semakin menigkat remaja sukar sebenarnya nak memahami apa yg di hati Mak & Ayah ... setiap benda aku buat, "Akak ni, Akak tu, Akak ni, Akak tu" ... aku masih tak faham ... nak keluar dengan kawan-kawan pun rasa macam kaki tangan dah diikat . mintak izin nak keluar macam ikut prosedur mohon PTPTN ... aku takde life berseronok dgn kawan-kawan ... meleleh jugak mutiara jernih ni tengok kawan-kawan bersuka ria, bergaya sakan dengan fesyen pelbagai ragam ...

bila dah dewasa nie, dh sambung belajar jauh-jauh ... aku baru faham erti BERSYUKUR ... kalau tak ada 'Akak jangan, Akak tak boleh camtu, Akak tak boleh macam ni" ... aku bukan macam sekarang ... takde word 5,6 serangkai tu, aku tak tahu erti kesederhanaan ... tak tahu erti kekeluargaan ... tak tahu erti budi bahasa ... tak tahu apa itu kehidupan ... tak tahu yg mana kaca, dan yg mana permata ... SEKARANG baru faham apa itu logam, apa itu intan ... apa itu kawan, apa itu lawan ... apa itu maruah, apa itu iman ... apa itu dosa, apa itu pahala ... didikan yg dulunya aku panggil KUNO itulah yg ajar aku erti tabah ... bila sedih, insan-insan yg dulunya aku cakap tak sayang aku, benci aku, tak suka aku, insan-insan ni lah yg sentiasa ada bangunkan aku ... usap bahu ni dan cakap, "akak jangan simpan apa yg akak rasa sorang-sorang, Angah ada ... Mak boleh tahan apa orang buat kat anak Mak, tapi Mak takkan boleh hidup takde anak Mak ... Ayah takkan balas apa orang buat kat anak Ayah, tp Ayah tau doa Ayah ni Allah dengar, biar DIA jer balas ... Abang boleh sabar bila orang asyik mengata / buat tak betul kat Abang ... tp Abang takan diam kalau orang buat macam tu kat family kita ..."

masih tak faham ker aku ??? tentulah aku rasa nak mendabik dada yg pastinya bukan nak beriak ... aku bangga ada mereka-mereka ni ... Mak, Ayah, Akak [SUZANA], Abang [SURAIMI], Abang [SUZAINI], Abang [SUZALI], Angah [SUHADA] dan Adik [SUZAIDI] ...

akak sayang keluarga akak ... akak sayang korang semua berjuta-juta-juta kali ganda dari korang sayang akak ... :')

Labels: