Selamat tinggal Semester 3
Sunday, 7 April 201322:20
wah, wah, wah...
merdeka sudah aku bersama final exam 3 minggu ni...
lega toksah cakap...
macam nak lempar kalkulator ni dalam stor dia punya excited...
aku harap keputusan baik-baik jer...
walau tak cemerlang cukup la kepala aku ni mampu mentelaah subjek Sem 4 pulak...
penat nak oi nak repeat-repeat...
memang idakk la ceritanya...
rindu class 3C...
rindu lecturer yg ajar subjek Sem 3 ni...
rindu my Mentor...
rindu dengan kalkulator...
rindu dengan pensil...
rindu kawan-kawan... yang tempat nak bertekak, ketawa, bergurau, usik-usik...
rindu semua...
rindu kolej...
*kesat hingus*
ADA GAYA TAK?
padahal 2 bulan jer cuti !!!
beriya bunyi macam aci dah grade jer... hahahaha *gelak setan*
Alhamdulillah...
4 bulan bersama mereka banyak belajar...
belajar dari kesilapan...
belajar sedar diri...
belajar erti hidup...
belajar erti sabar...
tahu beza baik buruk...
hidup bukan makin lama macam masak Megi, 2 minit jer...
tapi macam masak asam pedas, and then nanti macam chicken chop...
makin lama makin susah resepi tu...
dengan skill jer yang boleh buat macam mana nak sedapkan rasa dan rupa benda tu...
macam sekarang...
makin dewasa bersama usia, makin payah nak hadap benda depan mata ni...
tapi adanya orang-orang yang sayangkan kita depan mata, semua tu jadi ringan nak kita hadap hari-hari...
hidup takkan ceria kalau kau tak tahu macam mana rasa ada SAHABAT...
kalau kau kata kau takde sahabat, sila masukkan wajah anda dalam tangki indah water...
jatuh bangun kau hidup sendiri, kau cuma ada manusia yang kau panggil member, kawan, geng, sahabat...
tak kisah la apa pun...
itu lah yang lengkapkan hidup kau sehari-hari tanpa keluarga...
sebab tak ada manusia yang sempurna dan tahu segala benda...
sakit hati, marah, sedih, bengang dengan kawan...
tolong la letak tepi dulu...
sebab disebalik semua tu kau lupa yang benda tu ajar kau erti & realiti hidup sebagai seorang manusia...
yes !!! tak semua kawan mampu buat kau ketawa, happykan kau, anggap kau kawan...
tapi jangan lupa jugak, yang kita belum tentu boleh jadi seorang kawan yang baik...
kadang-kadang kita cakap, kawan kita tu tak guna apa semua...
tapi tengok balik...
dengan siapa dia berkawan?
dengan kau kan...
macam mana kawan kau, macam tu la kau...
*jangan menunding jari pada orang, sebab 4 jari lagi menunding pada kau*
just take easy...
bersahabat selagi kau mampu...
berkawan selagi kau hidup...
sebab kita takkan jumpa orang yang perfect untuk jadi sahabat yang kita nak...
AKU SAYANG SAHABAT-SAHABAT & KAWAN-KAWAN AKU...
*Ehh, mood serious ker ni???*
:: aku tak larat nak upload gambar budak-budak kelas yang beribu tu. so, korang tengok jela video and album ni ::
Video :)
Shine Bright Like a Diamond
beloved housemate :)
Okey, my housemate. Picture kali akhir sesama untuk Sem ni. I'll miss all of you gegurl...
Huwaaaa !!! rindu k rindu.
“I hope we'll be friends forever, together we'll always be. I don't think you understand just how much you mean to me. And one day when we part our ways, we'll think back to the past and think about how happy we are 'cause our friendship will always last.”
― Bridget Davis
*And aku perlukan doa-doa dari kalian untuk Ibu kepada sahabat aku, Imran. aku kurang pasti kenapa, tapi dikhabarkan keadaannya agak kritikal. mudah-mudahan semuanya selamat dan beliau akan cepat sembuh. Amin*
Much Love ;
Eiqa Ibrahim
( EI )