<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8655669614760072483?origin\x3dhttp://eiqaibrahim.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Eiqa Ibrahim;
Entry
About Me
Find Me
Credits
+ follow Dashboard
Happy Father's Day Ayah...
Monday, 17 June 201300:01

hi readers...

Sebelum lupa, Selamat Hari Bapa buat Ayah Ibrahim yang tercinta lagi dikasihani... Ayah, thanks for everything sebab besarkan akak sampai besar unta ni... kasih sayang yang sikit pun tak kurang... sokongan yang sikit pun tak terhakis dek masa... dah 20 tahun akak hidup sebagai anak bongsu Ayah... perjalanan hidup yang tak ternilai harganya... akak takde hadiah untuk Ayah... tapi sesibuk mana pun, sepapa mana pun, senakal mana pun, DOA untuk Ayah agar sihat selalu, bahagia sentiasa, panjang umur, murah rezeki sikit pun tak pernah lepas dari hati akak titipkan buat Ayah... LillahiTaa'la..

Ayah, awak adalah pakar motivasi terbaik hanya dengan kata-kata, doktor paling mujarab cuma dengan senyuman dan dorongan, teguran paling bermakna cuma dengan nasihat, pelawak terhebat cuma dengan lawak yang biasa-biasa, pelindung paling baik dengan doa tak pernah putus, dan paling penting awak WALI saya dan Ayah, akak cuma berharap kita melangkah ke syurga bersama-sama... Insha Allah :) Amin Ya Rabbanal Alamin...



hahahah! hari ni gua nak story pasal Mr Suhairy. siapa dia? dia lecturer MKT 310 (Public Relations) aku untuk semester 4... apesal aku nak cerita pasal dia? aku pun tak tahu... takde la special mana... tapi aku nak jugak cerita pasal dia ni...
handsome tak?
setakat nak buat husband, boleh sangat-sangat... hahahahaha! *tolong jangan dia jumpa entry ni*
Mr Mohd Suhairy bin Sazali... nama aku Suzieka... dia Suhairy... motif? takde motif pun... aku saja nak compare... -_-

bila kau sebut Sir Suhairy maka satu jajahan semester 4 macam muka tertelan bijik pinang. dia tak la garang. bagi aku dia just tegas dan cerewet. cerewet bukan sesaja, tapi dia nak assignment perfect tahap gajah... kalau nak dicomparekan dengan hotstuff facebook, twitter & instagram tu, famous lagi dia kat kolej ni... hotstuff UIC katekooo... bagi aku, aku okey jer ngan dia tu... yela, orang public relations... pandai communicate dengan student... tapi kalau dia geram, tinggi jugak la suara dia...

part class dia jer, masing-masing berebut cari news kt internet and tv... sebab dia paling suka bertanya pasal isu semasa... kalau kau tak suka tanya dia soalan, secara automatik berderet soalan kau sebab tanak soalan membunuh keluar dari mulut dia... better kau banyak cakap, dari dia banyak cakap... kalau tak menggigil, aku berani potong jari kau mesti muka pucat tahap tak ingat punya... psikologi dia........................ serammmm....

dan dia satu-satunya manusia dan pensyarah yang berani berdegil dengan aku, panggil aku Suzie... kalau orang lain gua dah libas guna kayu wushu... alergic aku dengan nama tu... conversation perkenalan diri dengan dia masa kelas pertama minggu lepas lebih kurang macam ni... :
"Nama saya Suzieka bt. Ibrahim. Panggil Eiqa jer. Saya asal Johor."

apesal pendek sangat perkenalan diri aku? macam bajet semua orang kenal aku jer kan... tapi tu jer dia nak tahu. takkan segala suku sakat background aku nak bukak hikayat depan dia yedok?

"Okey. Eiqa... Johor kat mana?"

nada sinis plus manners okey!

"Nusajaya."

aku tengok dia kerut dahi. dia tak tahu Johor kat mana? atau dia tak pernah dengar Nusajaya? atau ada keturunan dia kat celah area tu?

member belakang sampuk. "rumah dia dekat dengan Legoland sir!"

Ohyeahhh... kalau aku tibai budak ni... nak promote Legoland pun agak-agak ar... subjek kurang kena ni... aku telan liur tengok muka dia senada tak beriak tu... psycho okey psycho...

"Boleh saya panggil Suzie?"

haaaa.... boleh! boleh pergi terjun lombong! gua tak cakap macam tu pun. pensyarah beb, pendidik tu. tak berkat ilmu aku, mahu lingkup paper ni.

"Err... tak boleh sebab saya tak suka."

"Kalau saya nak panggil jugak?"
"Saya tanak! panggil saya Eiqa."

Okey time ni nada aku macam nak sebak sikit. nak hentak kaki pun ada. tolong la jangan panggil gua Suzie... gua Melayu!!!!

Dia senyum jer and dia angguk-angguk suruh aku duduk. Fuhhhhhhh, lega!

Class tadi dia mengajar macam biasa. baru chapter first aku rasa nak tercekik dah. banyak benda nak belajar ni... then lepas keluar class, boleh pulak saing dia turun ikut tangga sebab Bilik Kuliah 9 tu kat tingkat 2 jer... *aku ngan Meyna okey, bukan berdua. aku lempang kau sampai tumbuh bisul cakap aku berdua ngan dia* then aku amik kesempatan nak request something...
"Sir free hari apa and pukul bapa?"
"Kenapa?" penuh concern okey...

"Nak amik extra time sir nak tanya pasal ni..."
aku ketuk buku tebal macam kamus dewan yang aku tengah peluk tu... sengih.

"Tengok jadual saya la..."

 sambil cakap tu dia belek jadual kat tangan dia.
"Hari jumaat la..."

laju aku tunjuk hari yang dia kosong tu. aku tengok dia takde class hari tu... lepas sembahyang Jumaat dia free terus... dia senyap jap then angguk...

pastu borak-borak sikit pasal nak free time tu then tetiba dia cakap macam ni...
"Apa-apa buat appointment dulu yer Suzie... mesej saya dulu."

kepala aku macam nak berlipat pandang dia kat belakang. besar mata dengan muka aku rasa macam tersimbah minyak urat Mak kat umah yang panas gila tu...

"Eiqa laaaaa!!!!!!!"

Sir Suhairy senyum. "Okey Eiqa..." sambil belek-belek buku menimbun macam Gunung Everest kat tangan dia tu....

Ehhh Sir ni, pandai menyakat... alhamdulillah, tak la parah mana... boleh buat kawan lagi... :)