REVIEW NOVEL ‘ANTHEM by HLOVATE’
Tuesday, 31 December 201303:24
Tak jenuh aku belek novel ni entah untuk kali
keberapa memang dah tak ingat . Memahami maksud sebenar disebalik novel ini.
Ini bukan novel cintan-cintun-jiwang-karat tahap muntah pelangi. Dan macam
novel ‘aA+bB’, sampai dinoktah akhir baru aku jumpa apa yang nak disampaikan.
MASALAH KETIKA KALI PERTAMA, KEDUA, &
KETIGA MEMBELEK ANTHEM
- Aku punya sakit kepala nak cari maksud-maksud
bahasa inggeris dalam novel ni. Mintak mahap. Memang aku ‘slowwww’ sikit BI.
Maka aku perlu kamus.
- Aku duk senak urat perut tak faham kenapa
dengan perangai orang yang tahu judge Dash tanpa soal siasat.
- Dan sangat berpinar nak mencari apa maksud
sikit-sikit perkataan arab dalam ni. Yes! Aku memang agak ‘kelam’ benda macam
ni.
- Aku payah nak dapat main point apa yang Kak
Jiji, Kak Trisy & Alesandr cakapkan.
- Aku sering membuka google untuk refresh balik
sejarah dunia yang diperkatakan. Contonya : Taj Mahal.
NAIF, no?
Benar, dan benar belaka. Aku hanya baca apa
yang aku nampak. Tapi demi untuk mencari maksud kata Aziz ; BATTLEBORN. Maka
aku gigih menafsir.
KATA AKU
- Sebagai Islam memang benar. Ramai yang tak
faham maksud dua kalimah syahadah yang tetiap hari kita lafazkan. Termasuk aku.
Hanya baca. Sepintas lalu. Kerana : dalama otak aku kata, bila sebut dua
kalimah syahadah, orang tu Islam. Tapi maksud dia bila kita faham, Zapppppp!!
Aku tersedak kejap. “Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Melainkan Allah,
dan Muhammad Adalah Utusan Allah.” Kenapa aku still tak rasa TANGGUNGJAWAB tu sedangkan
aku dah lafaz janji tu? Maka jawapan tu aku dapat korek. Islam bukan kita cukup
solat dan puasa. Tapi akhlak, baca Al-Quran, aurat, buat baik, benda yang Allah
memang nak. Everything yang menjanjikan benda baik untuk kita. Kat sana.
- Untuk sekian kalinya aku belek balik diri ni
atas bawah. Janji dah lafaz, tapi aku memang cakap kosong. Peluk tubuh, takde
habuk. Solat kadang-kadang burn. Mulut masih cakap lepas kalau marah mula
bertunas. Aurat? Aku masih di level merangkak yang tengah nak berdiri.
- Sebab kenapa aku faham novel ni sebab aku
sama jer macam Dash. Nak berubah. BUKAN SENANG. Nak dapat support dari famili,
kawan, orang sekeliling. BUKAN MUDAH. Awalnya pakai tudung memang for the sake
of Islam. Tapi start aku kenal ‘HLOVATE’ awal-awal dulu. Aku faham. Covering
aurat not wrapping. Tapi itu jugak permulaan aku kena fight dengan keadaan.
Bila start orang pandang aku macam manusia dari Marikh. Bukan senang weh, bukan
senang. Aku masih cuba. Cuba tulikan telinga yang masih belum pekak. Butakan
mata yang dah rabun ni. Dan ini tanggungjawab yang kena aku tunaikan!
- Dan betul, hidup jauh dari famili make two
ways in our life. Gelap jahiliyah / terang tarbiyah? Dan aku sangat bersyukur.
Bila jauh sikit, easy nak buat move on. Ke arah yang lagi baik (tapi pelik di
mata orang). Macam kes Dash, bila jauh orang tak kenal kita. Dan benda itu
memudahkan untuk menjelma jadi yang baru.
·
Aku tahu bukan
senang nak move on. Jadi solehah, beriman, benda yang makan masa. Dan aku
memang kena start daripada basic. Pi lantak orang nak kata apa dan memang patut
macam tu pun. Sebab bukan ke kita kena loyal pada Dia jer? Bukan your friends,
famili, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah. Tapi sebab kita ni manusia, benda tu
memang bagi effect dalam kita punya perbuatan. Bayangkan bila start ‘cover’
aurat bebetul, ada dah mulut yang cakap “kau pakai selimut ke?” “Pehal doh
sekarang ngan baju besar gedabak? Alim dah?” “Kau duk sibuk cakap pasal agama,
kau ni kenapa? Tak payah nak berlagak alim.” “Tak payah nak nasihat aku, kau
pun dulu macam tu jugak.” Paling tragis bila kau akan hilang sahabat, orang
yang kau sayang. You know, be a proper Muslim, benda tu macam pengorbanan. Aku
dah rasa. Dan aku dah terlalu letih dengan mulut orang. Bila ingat cakap Kak Jiji,
Allah tengok usaha, bukan outcome. Jadi aku nafas jer macam biasa sungguh
kenkadang ‘asthma’. Lepas baca Anthem,
aku memang KENA start balik. Kenal balik. Faham balik. Then, istiqomah. *hela
nafas* Aku ingat jugak apa Alexandr cakap pada Dash, “We act what on we believe
in. We’re the ones who decide on who and what we want to be. We’re the one
making the choices.” *
Menjawab soalan yang berbunyi di page sebelah
rujukan ; Anthem anda apa pula?
“My anthem is my Syahadah. Aku minta dengan doa
supaya akan ada yang lebih baik untuk esok. Dan tanggungjawab ini sikit demi
sikit akan aku tunaikan. Demi Dia. Ini pilihan aku.”
DOAKANLAH aku kuat…