July
Wednesday, 9 July 201423:17
Baru habis exam untuk paper yang ke-3 & 4. Insurance dan Operations Management. Tak tau nak kata, sebab kalau result macam kondem pun memang salah sendiri la tu. Tak dapat nak adapt lagi. Kononnnnn. Padahal memang dasar pemalas nak study awal-awal.-,-
2, 3 hari lepas sampai hari ni pun dah banyak news pasal Palestin. Kalau tak tengok aku cadangkan kau pergilah rendam muka dalam perigi. Isu penting macam ni pun kau tak tengok nak jadi apa weh. Saudara Islam kita kena bom bertalu-talu dek sekejam-kejam negara yang tak susut musnah dari muka bumi. Allah... :'(
Berhentilah sekejap dengan worldcup ni. Saudara kita mengharap doa dari kita. Kanak-kanak kelaparan. Ditembak, dibom tanpa belas kasihan. Mak Ayah, Nenek, Atok, Abang, Kakak, Adik. Mati di tangan Israel Laknatullah! Subhanallah :'(
Dear Palestin and all of Muslim over the world;
Kami tiada senjata untuk diangkat,
Tiada kemampuan untuk membela nasib kalian,
Si pengecut ini hanya mampu menangis,
Memerhatikan nasib kalian.
Maafkan kami.
Hanya sumbangan wang ringgit dan doa,
Yang kami kirim dari jauh,
Penuh ikhlas.
Wahai anak-anak kecil,
Tabahlah kalian,
Semoga suatu hari nanti nasib kalian terbela,
Bila sampai masa ummah mula tegak berdiri.
Darah yang tumpah itu bukan hanya darah,
Itu tanda kemenanganmu dalam berjuang di jalan Allah,
Semoga Allah selalu meramati kalian,
Syurga yang menanti, Insya Allah.
E.I
Untuk Menderma :
Last Semester
Monday, 16 June 201406:11
Dah dua minggu. Start semester 6, semester akhir. Perasaan? Yes, happy. Sebab dah boleh balik Johor dah. Tapi sedikit sebanyak sedih dah terasa. Yer la, dah dapat adik-adik junior. Alhamdulillah. Aku tak pernah rasa ada adik. Tapi Allah SWT tu sayang sangat kat aku. Ada saja dikurniakan adik-adik yang panggil aku kakak. Yaya & Yani. Si kembar comel ni. Sangat nakal. Peneman aku time macam ni. Ada Kila, Yana, Hazza, Anna, Piqa... Allah.. terima kasih atas kasih sayang ini.
Semoga tabah untuk last semester ini. :) Doakan.
*Aku memang bukan dalam mood nak menulis pape. Sebab dah start dengan assignment, presentation segala bagai.*
-eiqa
Takdir
Wednesday, 30 April 201421:35
Benda memang dah ada. Susah macam mana pun kena terima. Dan itu terpulang pada diri sendiri nak pilih jalan mana.
Tapi ni jugak la yg selalu kita pertikaikan. Nafikan. Tanyakan. Hey, langit bumi dan seluruh alam ni milik siapa? Kau dah lupa?
Sabar. The first thing kot yg aku rasa kita kena ambik berat.
Dan apa yg jadi sekarang. Aku cuba redha. Sebab aku nak confident dengan setiap janji dan ketentuan Dia.
*Hari ni dah masuk bulan baru dalam Islam kan. Maka dah buku baru nak record amalan kita. So, jom sesama ker syurga. Adios.
khas buat permata Nurul Aien & Adik-adik...
Thursday, 13 March 201408:07
Bismillah--
Dah beberapa hari bonda kau pergi... pergi menghadap Maha Pencipta... Maaf Aien, hari ni baru diberi sedikit kekuatan untuk berbicara dengan kau... SALAM TAKZIAH, SAHABAT.
Aku tahu apa dalam hati kau... yang paling dalam. Aku faham walaupun aku 'tak' rasa saat-saat getir kau... :'(
Aien...
Semoga kau selalu tabah dalam mengharungi liku-liku hidup ni. Aku tahu bukan senang. Bukan senang!
Tapi kenapa Tuhan tu pilih kau bukan kami semua? Sebab kau kuat. Lagi kuat dari kami semua! Maka, berjalan. Kami semua ada... yang selalu sayangkan kau.
"Bila tertutupnya mata seorang ibu, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu DOA dari seorang ibu."
Tapi pandang dengan sudut positif. Bermakna Allah nak uji keimanan kau. Nak buat kau jadi kuat. Allah nak pelihara kau dari jadi anak derhaka. Dari buat dosa pada orang tua. :'( Bertahan yer Aien?
Hilang satu doa, percayalah... ada seribu doa lagi untuk kau. Aku sayang kau. Kami sayang kau. Adik-adik kau masih ada. Allah tu Maha Mendengar. Sentiasa ada. Kau penghibur jiwa. Jangan putus asa.
*Jaga diri, jaga adik-adik. Sayang kau :')
--Eiqa Ibrahim, 11.07pm, 2014.
bagaikan permata... :))
#prayforMH370
Tuesday, 11 March 201407:35
Bismillah---
I don't know how to explain what is in my mind right know. Ketika berita kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines hilang tanpa dikesan, perkara pertama singgah di fikiran aku hanya satu...
"Bagaimana keadaan mereka dan keluarga mereka?"
Allah.... it's totally heartbreaking. Bila tengok news wajah-wajah passengers MH370, air mata aku memang tanak stop. Sampai hari ini, tiap-tiap hari jugak aku menangis. Terkenang keadaan mereka, dimana mereka, sihat ker, makan ker & macam-macam terlintas... :'(
Dear passengers and crews MH370--
"When you come back and read this entry, I want you guys know something. Saya tersangat risau saat ini. Sungguh, air mata saya bergenang tanpa henti teringat kan anda semua? Dimana anda semua? Bagaimana keadaan kamu semua? Ceritalah... Kami hanya anda semua pulang. Keluarga dan anak-anak anda tersangat risau. Doa saya untuk anda semua tidak pernah putus. Kuatkan lah semangat. Berdoalah. Kami sedang berusaha mencari anda saat ini. Untuk membawa anda semua pulang ke rumah. Sering juga saya memandang langit, menyampaikn pesan dan doa. Anda semua mendengar kan apa yang saya katakan? :'( Kembalilah. Walau hanya tanda untuk kami ingati. :'( "
Love : Eiqa Ibrahim :')
#Yasmin J Hunwick
Saturday, 22 February 201407:39
Bismillahirrahmanirrahim~
22 Feb 2014 - Selamat Hari Lahir Yasmin Binti Johan Eusoffe :')
22 Feb 1995,
Lahirnya amanah dari syurga,
Mengikat cinta dua jiwa,
Puteri seindah salju,
Menjadi penyejuk mata dengan wajah selembut baldu.
Senyuman seindah suria peneman hari,
Jemari runcing yang ligat menari,
Bersama alunan piano membuat hati terpana,
Tapi siapalah hendak menyoal kehendak-Nya.
Engkau disayangi-Nya,
Perginya engkau membawa banyak jiwa,
Yang hanya mengenali nama,
Mungkin juga hanya dari pena.
Tenanglah disana sahabat,
Berdamping bersama Maha Pencipta,
Kami juga bakal menyusul berehat,
Bila sudah sampai ajal dan masa.
*Selamat hari lahir Yasmin. Doa dari kami tak pernah putus untukmu. Pemergianmu bukan sia-sia wahai permata syurga. Semoga kita bertemu. Al-Fatihah*
![]() |
| Yasmin Johan Eusoffe |
Tenat
Tuesday, 18 February 201406:19
Syera...
Nak bangun ni payah. Ada jugak aku mimpi kau. Tapi sekarang dah tak ada. Aku rindu. RINDU.
Ingat masa kita keluar sesama? Merayap City Square, Angsana. Time tu hari happy aku. Betul-betul happy. Video yang tinggal tu jer peneman aku. Terasa macam kau ada lagi kat sini. Bumi Allah ni.
Tapi video tu dah takde dari lappy. Aku tak tahu mana. Takpe la Syera, mungkin tu jer nak sedarkan aku yang kau dah takde. Bagi aku bangun. :') Aku rindu kau. Wallahi !
Dan...
Aku teringat kita pegi lepak Danga Bay. Hot FM Big Jam time tu. Remember? Kita menggila sesama. Gelak sesama. Satu kuman tak fikir pasal masalah. Enjoy sentiasa. Mungkin ni agaknya Allah nak tegur cara aku. Dengan ambik kau dari kitaorang semua. :'(
Aku belajar banyak benda kat sini Syera. Sungguh aku tak suka hidup kat sini, semuanya aku mula dari sini. Kenal diri sendiri, kenal makna kasih sayang, persahabatan, kenal agama, kenal Dia.
Aku kesal sampai sekarang sebenarnya. Aku tak mampu nak pimpin kau sesama dengan aku. Aku salahkan diri aku. Aku bukan kawan yang baik. Maafkan aku Syera... Maafkan aku! :'(
Syera, aku tak janji tapi aku cuba istiqomah untuk berubah. Pemergiaan kau takkan aku sia-siakan. Sebab takde kematian yang sia-sia. Lepas kau pergi, ni la aku. Yang mula nak kenal Tuhan. :') Terlalu banyak lagi yang aku kurang. Terlalu banyak. Tunggu aku Syera. Tunggu aku. :)
"MUNGKIN CUMA KAU YANG DAH TAK ADA DI SINI, TAPI UKHUWWAH KITA SELALU SEMERBAK DI HATI" - Eiqa Ibrahim
REVIEW NOVEL ‘ANTHEM by HLOVATE’
Tuesday, 31 December 201303:24
Tak jenuh aku belek novel ni entah untuk kali
keberapa memang dah tak ingat . Memahami maksud sebenar disebalik novel ini.
Ini bukan novel cintan-cintun-jiwang-karat tahap muntah pelangi. Dan macam
novel ‘aA+bB’, sampai dinoktah akhir baru aku jumpa apa yang nak disampaikan.
MASALAH KETIKA KALI PERTAMA, KEDUA, &
KETIGA MEMBELEK ANTHEM
- Aku punya sakit kepala nak cari maksud-maksud
bahasa inggeris dalam novel ni. Mintak mahap. Memang aku ‘slowwww’ sikit BI.
Maka aku perlu kamus.
- Aku duk senak urat perut tak faham kenapa
dengan perangai orang yang tahu judge Dash tanpa soal siasat.
- Dan sangat berpinar nak mencari apa maksud
sikit-sikit perkataan arab dalam ni. Yes! Aku memang agak ‘kelam’ benda macam
ni.
- Aku payah nak dapat main point apa yang Kak
Jiji, Kak Trisy & Alesandr cakapkan.
- Aku sering membuka google untuk refresh balik
sejarah dunia yang diperkatakan. Contonya : Taj Mahal.
NAIF, no?
Benar, dan benar belaka. Aku hanya baca apa
yang aku nampak. Tapi demi untuk mencari maksud kata Aziz ; BATTLEBORN. Maka
aku gigih menafsir.
KATA AKU
- Sebagai Islam memang benar. Ramai yang tak
faham maksud dua kalimah syahadah yang tetiap hari kita lafazkan. Termasuk aku.
Hanya baca. Sepintas lalu. Kerana : dalama otak aku kata, bila sebut dua
kalimah syahadah, orang tu Islam. Tapi maksud dia bila kita faham, Zapppppp!!
Aku tersedak kejap. “Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Melainkan Allah,
dan Muhammad Adalah Utusan Allah.” Kenapa aku still tak rasa TANGGUNGJAWAB tu sedangkan
aku dah lafaz janji tu? Maka jawapan tu aku dapat korek. Islam bukan kita cukup
solat dan puasa. Tapi akhlak, baca Al-Quran, aurat, buat baik, benda yang Allah
memang nak. Everything yang menjanjikan benda baik untuk kita. Kat sana.
- Untuk sekian kalinya aku belek balik diri ni
atas bawah. Janji dah lafaz, tapi aku memang cakap kosong. Peluk tubuh, takde
habuk. Solat kadang-kadang burn. Mulut masih cakap lepas kalau marah mula
bertunas. Aurat? Aku masih di level merangkak yang tengah nak berdiri.
- Sebab kenapa aku faham novel ni sebab aku
sama jer macam Dash. Nak berubah. BUKAN SENANG. Nak dapat support dari famili,
kawan, orang sekeliling. BUKAN MUDAH. Awalnya pakai tudung memang for the sake
of Islam. Tapi start aku kenal ‘HLOVATE’ awal-awal dulu. Aku faham. Covering
aurat not wrapping. Tapi itu jugak permulaan aku kena fight dengan keadaan.
Bila start orang pandang aku macam manusia dari Marikh. Bukan senang weh, bukan
senang. Aku masih cuba. Cuba tulikan telinga yang masih belum pekak. Butakan
mata yang dah rabun ni. Dan ini tanggungjawab yang kena aku tunaikan!
- Dan betul, hidup jauh dari famili make two
ways in our life. Gelap jahiliyah / terang tarbiyah? Dan aku sangat bersyukur.
Bila jauh sikit, easy nak buat move on. Ke arah yang lagi baik (tapi pelik di
mata orang). Macam kes Dash, bila jauh orang tak kenal kita. Dan benda itu
memudahkan untuk menjelma jadi yang baru.
·
Aku tahu bukan
senang nak move on. Jadi solehah, beriman, benda yang makan masa. Dan aku
memang kena start daripada basic. Pi lantak orang nak kata apa dan memang patut
macam tu pun. Sebab bukan ke kita kena loyal pada Dia jer? Bukan your friends,
famili, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah. Tapi sebab kita ni manusia, benda tu
memang bagi effect dalam kita punya perbuatan. Bayangkan bila start ‘cover’
aurat bebetul, ada dah mulut yang cakap “kau pakai selimut ke?” “Pehal doh
sekarang ngan baju besar gedabak? Alim dah?” “Kau duk sibuk cakap pasal agama,
kau ni kenapa? Tak payah nak berlagak alim.” “Tak payah nak nasihat aku, kau
pun dulu macam tu jugak.” Paling tragis bila kau akan hilang sahabat, orang
yang kau sayang. You know, be a proper Muslim, benda tu macam pengorbanan. Aku
dah rasa. Dan aku dah terlalu letih dengan mulut orang. Bila ingat cakap Kak Jiji,
Allah tengok usaha, bukan outcome. Jadi aku nafas jer macam biasa sungguh
kenkadang ‘asthma’. Lepas baca Anthem,
aku memang KENA start balik. Kenal balik. Faham balik. Then, istiqomah. *hela
nafas* Aku ingat jugak apa Alexandr cakap pada Dash, “We act what on we believe
in. We’re the ones who decide on who and what we want to be. We’re the one
making the choices.” *
Menjawab soalan yang berbunyi di page sebelah
rujukan ; Anthem anda apa pula?
“My anthem is my Syahadah. Aku minta dengan doa
supaya akan ada yang lebih baik untuk esok. Dan tanggungjawab ini sikit demi
sikit akan aku tunaikan. Demi Dia. Ini pilihan aku.”
DOAKANLAH aku kuat…
What's going on?
Thursday, 19 December 201307:13
NOTHING.
Takde yg seronok, takde jugak yg best sangat. Biasa-biasa jer. Lama sangat cuti, maka jemari sekeras batu bata nak menaip.
Dan, hanya ingin dikhabarkan. IMPIAN. Jangan berhenti untuk dikejar.
Salam sayang :
EIQA
S.A.H.A.B.A.T
Monday, 25 November 201308:17
Cuma...
Rindu.
Rindu Dila, Pyqa, Zura, Farah, Siti, Mamat, Ammar, Zul, Awea, Meran... semua kawan-kawan sekolah. Sangat-sangat. Kat mana pergi pun jumpa jer kawan. Tapi tak sama dengan yg ni. Sama-sama jatuh, sama-sama bangun, sama-sama gaduh, ketawa, nangis, kena denda. Always together. Walaupun hakikatnya aku tak tahu erti sebenar SAHABAT tapi aku bahagia.
Andailah...
Boleh putar masa-- aku nak sekolah. nak ada kawan yg selalu buat aku gelak. tak pernah hipokrit. tak berkira. jaga sesama sendiri.
Boleh betulkan keadaan-- aku nak stay dgn dorang. nak ada kt sebelah Arwah Syera saat akhir dia. happykan dia.
Ada pilihan hidup-- aku takkan pilih tempat ni.
...::: Aku tertanya jugak. Kesilapan ke aku pilih jalan ni? Sampai aku takde peluang nak ketawa. Nak happy. :::...
"Aku tercari dia. Selalu dgr dia cakap pasal winter kat sana. Dia kata sejuk. And snow in the middle of December. Mesti dia seronok. Dah lama dia senyap. Mana agaknya? "
Anthem
Friday, 15 November 201321:52
*tengok planner*
dah 16 hari bulan. ahad. sepatutnya esok dh start kuliah yg mcm biasa awal dari UiTM. dan aku masih di JB. nak jadi apa eiqa?
iman sihat?
baru start dapat suntikan. masih lagi rongak dimana-mana. turun naik mcm suhu tak bagus. dan semestinya la iman masih dlm keadaan tak bagus. satu-satu.
Anthem-Hlovate~
Dah dpt kt tgn. bak kata Aziz, BATTLEBORN. heh. cuba eiqa. cuba kuat sikit.
"mcm bawak kereta. 80% mata kita pandang kedepan. 10% tu jer jeling-jeling tengok kiri kanan. maka, silap yg lepas tu buat panduan nak move on."
TQ kak jiji. ♥
dia jambatan kepada Dia
Thursday, 7 November 201306:58
Mato.
Kenal?
Yes. Anon kt twitter tu. Study kt Aberdeen University. Budak medik. Budak skate. Nama dia Nik Haseef Irsyad (mungkin).
Tu pun hasil pembacaan dari sumber blog dia. Betul jugak kata dia. Lagi cari lagi kau keliru.
Biarlah camni. Aku tak kenal pun takpe. Asalkan tanpa sedar dia tolong aku sebenarnya.
Q : Sapa Mato pada aku?
Ni kata aku...
Kaca mata kita berbeza. Mato, dia special. hamba Allah yg selalu tinggalkan kesan pada semua yg memang takde allergic pada setiap patah kata dia.
Bak kata usrahmate Mato pada dia sendiri, "bangunlah. ummah perlukan kau."
Ya! aku perlukan dia. Untuk ingatkan diri ni dari terus terbuai-buai dgn mimpi, masih dlm angan-angan dan sering lagha.
Tarbiyah (didikan) dia berkesan. Menusuk. Dalam. Sakit. Kondisi iman aku memang yazid wa yanqus. Yang memang payah benar nak istiqamah.
Mato sahabat aku. Yang selalu ingatkan aku pada Maha Esa. Jambatan untuk aku tak lupa masih ada Dia yg Maha Mengasihani.
*lap air mata*
Sampai masa dah utk aku move on. Sebab Mato kata benda ni sakit. Baru kau akan jumpa kemanisan. Aku cuba lawan sakit ni. Tengah!
Jauh mana pun, doa kita sentiasa bertaut. Semoga diizinkan utk aku bertemu Mato disyurga.
SURAT UNTUK MATO
Mato...
Setiap kali baca kisah kau dengan Qiden & Lee. Aku jadi peratap. Aku juga hilang sahabat. Tanpa sempat aku & dia berpimpin tangan menerima tarbiyah.
Terkilan, hampa, sebak, kecewa - jadi padu. Aku bukan sahabat yg baik!
Aku cepat give up. Tambah dgn kata-kata manusia. Aku payah nak bangun.
Aku nak jumpa dia kt syurga.
Begitu jugak kau. Terima kasih bro, sedarkan diri yg memang sangat lalai ni. Aku cuba.
Semoga kau selalu dlm rahmat Dia.
TQ sekali lagi. Kau jambatan utk aku cari islam dlm diri ni.
Semoga
Sunday, 8 September 201303:37
aku memang tak pandai lagukan hati orang, sebab tu aku bukan penyanyi.
aku memang tak pandai nak buat orang ketawa, sebab aku bukan badut.
aku memang tak pandai nak buat orang senyum, sebab aku bukan jenis perempuan 'berbunga'.
setakat ni...
aku sakitkan hati orang, sebab aku cuma seorang manusia.
aku buat orang sedih, sebab aku jadi diri aku.
aku buat orang marah, sebab aku manusia yg memang selalu buat silap.
dan...
semestinya aku tak pandai pujuk hati manusia, sebab hati sendiri pun aku haru biru nak jaga.
nak control.
tapi...
tak bermakna aku ni aneh tahap petala kelapan.
aku reti lagi minta maaf.
faham lagi erti hormat walaupun kadang-kadang TERhilang rasa hormat.
tahu lagi tundukkan kepala kepada yg tua dan berkuasa.
juga...
aku memang tak reti nak buat orang yg hati kecewa berderai seribu tu cantum semula.
dan tak mampu jugak nak ganti baru.
nak lupa payah.
nak hilang retak tu tak mungkin.
aku paham.
aku paham.
tapi...
kata maaf aku tu ikhlas.
sungguh.
dari lubuk hati.
aku tak tipu.
maafkan aku...
untuk semuanya...
Suhada Ibrahim - mohon jgn malas membaca.
Wednesday, 4 September 201309:24
Masa aku faham aku ada kakak dlm hidup ni...
Aku rasa macam nak lompat...
Sebab aku ada geng nak share masalah...
Besar sikit, memang seronok bila ada kakak...
Sumpah! seronok.
Ingat tak Ngah?
Zaman kau memuda dulu.
Kita g makan mcD kt Kotaraya.
Time tu aku ingat sampai sekarang...
Aku nak tambah ayam lagi satu.
Muka kau gelabah takut tak cukup duit.
Tapi kau beli lagi mcD tu untuk aku.
Sebab takut aku nangis lapar.
Lawak!
Aku dah keja nanti, sepuluh ketul ayam mcD aku belikan.
Aku berazam kalau ada duit nanti. *hug* :')
Kalau kau dating ngn Abg Eman, kau selalu bawak aku.
Aku selalu tengok setiap benda.
Aku belajar daripada kau.
Sebab tu sekarang aku jadi PEMERHATI bukan PERHATIAN.
Bila kisah celaka tu jadi.
Kau manusia yg setiap malam masuk bilik, tanya keadaan aku.
Time tu aku rasa 1 benda jer, aku nak mati depan kau.
Aku belajar berdikari dari aspek ringkas-- hidup dgn kau.
Berpijak di bumi nyata berlandaskan undang-undang hidup kau.
Jadi perempuan, jangan jadi betina.
Tiap kali tengok kau.
Aku nampak Mak.
Kau sama macam Mak.
Air tangan kau, riak wajah kau, emosi kau.
Sebijik.
Aku rela hilang semua, asal jgn hilang kau.
Darah kita yg mengalir ni sama.
Takde ganti.
Dear Suhada Ibrahim,
SELAMAT HARI LAHIR ANGAH...
SEMOGA SELALU DLM KEBERKATAN YG MAHA ESA...
I LOVE YOU.
SAMPAI HUJUNG NYAWA--
LILLAHITA'ALA :')
Deep
Tuesday, 3 September 201304:29
pandang kiri--
pandang kanan--
*kesat air mata*
dongak. pandang langit.
kenapa aku diuji?
"Sya, istilah hati tu macam takde makna dah pada org kan?" Pandang luar tingkap.
"Apesal kau cakap cemtu?" Sambil suap Kit-Kat dalam mulut. Tangan kiri lincah menyentuh skrin S4.
"Yela. Hati org dibuat main macam apa. Ditikam, dilukakan, dicincang. Sakit." Emo. Mata masih menala ke luar tingkap.
Angkat muka. "Qal, kau emo sangat kenapa?"
Tak beriak. "Tak la Sya, aku cuma cakap jer. Tapi betul kan. Hati org tu organ yg tak boleh dibuat main Sya. Sungguh. "
Mata berkaca. Kabur pokok bunga ros ditepi tasik pada pandangan mata.
Sambung. "Bila sekali sakit, payah nak cari ubat. Sebab hati tu Allah yg pegang. Kenapa masih nak sakitkan hak Allah?" Leleh.
"Qal......"
"Susah nak ubat hati org. Susah nak pulihkan hak Allah tu. Susah Sya!"
Sambung lagi. "Macam tak patut dimaafkan."
Asya diam. Tergamam.
Awan dilangit dipandang sayu. Allah....
Aku tak patut dimaafkan kan?
Ampun kan lah aku.....
:'(
Syawal
Thursday, 15 August 201318:43
Toleh kiri, toleh kanan. aku ada setengah jam jer lagi sebelum bersiap ke kelas.
hebat kan? time cenggini boleh datang mood nak mengetuk keyboard ni.
kelas pagi tadi cancel, so aku bersenang lenang jap hadap laptop sampai nak keluar muntah pelangi.
Minggu depan dah Test 2. macam biasa jugak, jantung aku dah tak berdegup teratur dah.
tinggal nak meletop jer...
orang lain busy raya, aku dah tertonggeng terbalik ngadap buku... -_-
Syawal...
aku raya 3 hari jer. raya ke-4 aku dah seret beg Akademi Fantasia dah. buat drama hindustan kat Larkin tu.
sedih simpan dalam2 beb! tak main tunjuk luar. *Makkkkkkkkkkkk*
so far, kolej macam biasa. penat toksah cakap. sedar-sedar tak sedar tinggal tahun depan jer nak habis belajar. takde apa aral, ada rezeki sambung degree pulak. itu pun atas keizinan pihak berkuasa Ayah Mak.
2,3 menjak ni memang agak semacam. relax tak relax sangat, cool tak bape nak cool sangat, kelam kabut tu ada la jugak, tak tentu arah tu kekadang jer datang. itu gua share ngn Dia jer ;) only Allah knows.
My Princess - Nurain :)
Hero - Ayah Ibrahim :)
My Angle - Emak :)
aku, eira, kak azie, syaza
Abg Lee, Mak, Ayah, Kak Anna, Angah, Aku
Missing : Abg Amy, Abg Jai, Adik
Half of me :)
Family
Bidadari Ayah ;)
Puan Sri *muntah darah* :)
Love,
Eiqa Ibrahim
9.42 am
16/8/2013
Khas buat mak ayah ♡
Tuesday, 9 July 201308:54
belum pukul 12 lagi ni. hope sempat la aku hapdet entry kali ni.
dh 3minggu aku tak balik umah. padahal esok puasa pun tak dpt sambut
dgn mak ayah sendiri. macam derhaka kan? heh, cantik muka!
sebab exam k exam. sedihnya tak dapat smbut puasa dgn family memang pilu
tahap tak ingat .. bukan memain punya feeling.. nama pun khas utk mak ayah so,
ni ada la sedikit kata-kata aluan sempena puasa utk mak ayah aku!
Mak...
esok satu ramadhan dah... means 2thn dh akak sambut puasa takde mak...
sahur ala kadar. tak macam kat umah semua siap mak preparekan... akak rindu!
masak sesama dgn mak hari pertama kita umat islam sambut bulan mulia ni.
tak best suasana puasa takde mak... *lap air mata*
jgn call akak kejut sahur. tak tahan akak dgr suara sebak mak.
mak... selamat menyambut bulan ramadhan... semoga mak sihat untuk menjalani
ibadah puasa ni. akak sentiasa doakan mak dipelihara Allah selalu. jaga makan k.
cinta mak sampai syurga ♥
Ayah...
2thn jgk hari pertama puasa akak bangun dikejutkan alarm. bukan suara ayah.
rindu..... :'( tak dapat nak makan sesama dgn ayah 1st ramadhan ni. tak dapat tgk
anak-anak buah, jiran-jiran main bunga api depan rumah. lepak ngan ayah bercerita
isu itu ini... sedihnya ayah. macam takde benda. *kesat air mata* akak tak tahu la
macam mana akak nak hidup takde ayah ngn mak. kalau dugaan sekecik ni pun akak
dah sedih... jaga diri ayah. jaga mak. jaga makan jgk.. selamat menyambut bulan
ramadhan ayah. semoga dipanjangkan umur utk menjalani ibadah puasa.
i love you ayah ♥
Selamat menyambut bulan ramadhan ♡
Happy Father's Day Ayah...
Monday, 17 June 201300:01
hi readers...
Sebelum lupa, Selamat Hari Bapa buat Ayah Ibrahim yang tercinta lagi dikasihani... Ayah, thanks for everything sebab besarkan akak sampai besar unta ni... kasih sayang yang sikit pun tak kurang... sokongan yang sikit pun tak terhakis dek masa... dah 20 tahun akak hidup sebagai anak bongsu Ayah... perjalanan hidup yang tak ternilai harganya... akak takde hadiah untuk Ayah... tapi sesibuk mana pun, sepapa mana pun, senakal mana pun, DOA untuk Ayah agar sihat selalu, bahagia sentiasa, panjang umur, murah rezeki sikit pun tak pernah lepas dari hati akak titipkan buat Ayah... LillahiTaa'la..
Ayah, awak adalah pakar motivasi terbaik hanya dengan kata-kata, doktor paling mujarab cuma dengan senyuman dan dorongan, teguran paling bermakna cuma dengan nasihat, pelawak terhebat cuma dengan lawak yang biasa-biasa, pelindung paling baik dengan doa tak pernah putus, dan paling penting awak WALI saya dan Ayah, akak cuma berharap kita melangkah ke syurga bersama-sama... Insha Allah :) Amin Ya Rabbanal Alamin...
hahahah! hari ni gua nak story pasal Mr Suhairy. siapa dia? dia lecturer MKT 310 (Public Relations) aku untuk semester 4... apesal aku nak cerita pasal dia? aku pun tak tahu... takde la special mana... tapi aku nak jugak cerita pasal dia ni...
handsome tak?
setakat nak buat husband, boleh sangat-sangat... hahahahaha! *tolong jangan dia jumpa entry ni*
Mr Mohd Suhairy bin Sazali... nama aku Suzieka... dia Suhairy... motif? takde motif pun... aku saja nak compare... -_-
bila kau sebut Sir Suhairy maka satu jajahan semester 4 macam muka tertelan bijik pinang. dia tak la garang. bagi aku dia just tegas dan cerewet. cerewet bukan sesaja, tapi dia nak assignment perfect tahap gajah... kalau nak dicomparekan dengan hotstuff facebook, twitter & instagram tu, famous lagi dia kat kolej ni... hotstuff UIC katekooo... bagi aku, aku okey jer ngan dia tu... yela, orang public relations... pandai communicate dengan student... tapi kalau dia geram, tinggi jugak la suara dia...
part class dia jer, masing-masing berebut cari news kt internet and tv... sebab dia paling suka bertanya pasal isu semasa... kalau kau tak suka tanya dia soalan, secara automatik berderet soalan kau sebab tanak soalan membunuh keluar dari mulut dia... better kau banyak cakap, dari dia banyak cakap... kalau tak menggigil, aku berani potong jari kau mesti muka pucat tahap tak ingat punya... psikologi dia........................ serammmm....
dan dia satu-satunya manusia dan pensyarah yang berani berdegil dengan aku, panggil aku Suzie... kalau orang lain gua dah libas guna kayu wushu... alergic aku dengan nama tu... conversation perkenalan diri dengan dia masa kelas pertama minggu lepas lebih kurang macam ni... :
"Nama saya Suzieka bt. Ibrahim. Panggil Eiqa jer. Saya asal Johor."
apesal pendek sangat perkenalan diri aku? macam bajet semua orang kenal aku jer kan... tapi tu jer dia nak tahu. takkan segala suku sakat background aku nak bukak hikayat depan dia yedok?
"Okey. Eiqa... Johor kat mana?"
nada sinis plus manners okey!
"Nusajaya."
aku tengok dia kerut dahi. dia tak tahu Johor kat mana? atau dia tak pernah dengar Nusajaya? atau ada keturunan dia kat celah area tu?
member belakang sampuk. "rumah dia dekat dengan Legoland sir!"
Ohyeahhh... kalau aku tibai budak ni... nak promote Legoland pun agak-agak ar... subjek kurang kena ni... aku telan liur tengok muka dia senada tak beriak tu... psycho okey psycho...
"Boleh saya panggil Suzie?"
haaaa.... boleh! boleh pergi terjun lombong! gua tak cakap macam tu pun. pensyarah beb, pendidik tu. tak berkat ilmu aku, mahu lingkup paper ni.
"Err... tak boleh sebab saya tak suka."
"Kalau saya nak panggil jugak?"
"Saya tanak! panggil saya Eiqa."
Okey time ni nada aku macam nak sebak sikit. nak hentak kaki pun ada. tolong la jangan panggil gua Suzie... gua Melayu!!!!
Dia senyum jer and dia angguk-angguk suruh aku duduk. Fuhhhhhhh, lega!
Class tadi dia mengajar macam biasa. baru chapter first aku rasa nak tercekik dah. banyak benda nak belajar ni... then lepas keluar class, boleh pulak saing dia turun ikut tangga sebab Bilik Kuliah 9 tu kat tingkat 2 jer... *aku ngan Meyna okey, bukan berdua. aku lempang kau sampai tumbuh bisul cakap aku berdua ngan dia* then aku amik kesempatan nak request something...
"Sir free hari apa and pukul bapa?"
"Kenapa?" penuh concern okey...
"Nak amik extra time sir nak tanya pasal ni..."
"Tengok jadual saya la..."
sambil cakap tu dia belek jadual kat tangan dia.
"Hari jumaat la..."
laju aku tunjuk hari yang dia kosong tu. aku tengok dia takde class hari tu... lepas sembahyang Jumaat dia free terus... dia senyap jap then angguk...
pastu borak-borak sikit pasal nak free time tu then tetiba dia cakap macam ni...
"Apa-apa buat appointment dulu yer Suzie... mesej saya dulu."
kepala aku macam nak berlipat pandang dia kat belakang. besar mata dengan muka aku rasa macam tersimbah minyak urat Mak kat umah yang panas gila tu...
"Eiqa laaaaa!!!!!!!"
Sir Suhairy senyum. "Okey Eiqa..." sambil belek-belek buku menimbun macam Gunung Everest kat tangan dia tu....
Ehhh Sir ni, pandai menyakat... alhamdulillah, tak la parah mana... boleh buat kawan lagi... :)
eE + (____) = Happy Ending
Thursday, 30 May 201309:15
Cuti sudah habis...
Terseksa jiwa raga aku cuti sem ni...
Kena paksa dengan Ayah amik lesen kereta walaupun niat tu tak pernah ada...
Melawan karang tak berkat hidup kat dunia ni...
Heheheeee...
Derhaka tak bunyi? :)
Benda yg kau tak ready dalam hidup, then dipaksa-dipaksa buat jugak...
Mau tidak aku rasa Ayah tu macam tanak care aku sebagai anak jer...
Terseksa jiwa aku kau tahu...
Tapi betullah... takde benda yg kita ready dalam hidup 100%, nak tanak benda tu perlu dalam hidup...
Cuti sem yg super awesome ni aku habiskan dengan terkedek-kedek kat tempat lesen tu...
Bertekak dan stress dengan Azam...
Itu salah satu tanggungjawab wajib tu...
Then settlekan hal yg buat aku separuh gila sepanjang aku hidup abad ni...
Terasa lain macam...
Macam apa?
Macam nak makan orang...
Sebak tak sebak hidup bila jejak kaki kat tanah kolej ni...
Tapi aneh jugak la aku tak nangis lepas semua gerak balik hantar aku...
Tabah tak? Tabah tak?
Sambil hadap-hadap Meyna terbongkang tido ni, google-google la kejap..'
Then aku jumpa satu quotes dari Hlovate...
“Hati itu Allah yang pegang, bukannya orang. Hidayah dan petunjuk tu memang Allah yang bagi. Benda dan perkara yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kpd penerima yg berbeza”
Lama jugak aku nak hadamkan maksud dia dalam kepala aku ni...
HLOVATE...
Siapa dia ni?
Aku dah penat meneka dalam diam...
Pompuan ker? Lelaki ker?
Hlovate, please show yourself... :)
Hello Monday ♥
Monday, 29 April 201300:12
Dia datang cuma dalam mimpi. berjumpa di tepi pantai. datang saat dalam sedih. ada saat memerlukan. siapa dia? jodoh?



















